Sejak dari kecik penulis terdedah dengan perlubaan haram, memandangkan tempat kediaman yang berdekatan dengan jalan utama dari KB ke Airport Pengkalan chepa. Memang menjadi satu tempat yang sinonim dengan kerjaan rempit dan perlumbaan haram ni, adalah Dekat dengan airport. Banyak kemalangan maut yang terhasil dek kerana jalan itu diwarisi secara dungunya oleh mat rempit lama ke Mat rempit baru...
Walaupun kematian demi kematian ngeri berlaku di selekoh maut airport tu, nampaknya tak dapat untuk mematikan kebengongan mat rempit yang mengila di situ. itulah yang dapat aku fikirkan... Bengong dan tolol... Mak bapak bagi kemudahan untuk digunakan bagi tujuan baik, tapi anak buat monggek...buat dajal dengan berlumba haram dengan harta ayah mereka.
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting memastikan gejala tolol ini dapat dihapuskan,. Bila mana dah nampak anak dah mula sobek moto tu pandai pandailah tanya.. sayang la anak tu, kang kalau belago sapa mapuh barula nok tiyok... da tadak guno kalu lagu tu.. cegahi sesuatu tu sebelum terlambat.. Takan tak tahu anak buat ape.... Mak bapak harap perihatin..
Pages
Kelantan Dari Mataku... Lorni
Kelantan pada mataku.. Satu misi untuk mengisi masa lapang dan juga memanfaatkan ruang yang ada serta berbekalkan azam untuk melihat negeri tercinta semakin maju... Maju dengan ekonominya.. dan juga maju dari segi akhlaknya. Ini adalah permulaan, dan penafian atas apa yang akan dikongsikan nanti adalah berdasarkan penilaian penulis semata mata, tak memihak kepada sesiapa dan hanyalah berpandukan pandangan dan nilaian penulis yang akan sedaya upaya untuk berpandukan Islam sebagai rujukan. Islam yang berlandaskan Al quran dan Assunnah.. Terima kasih didahulukan kepada kamu yang sudi bertandang dan membaca blog ini..
Friday, January 28, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Kemalangan Antara Kereta dan Rumah Kedai!!! 26/1/2011 di area chekok Pengkalan Chepa
Yang patinya melalui gambar ni kereta ni mesti dalam keadaan deras.. kalau tidak manakan nak jatuh bumbung gitu mo..
Gambar ni adalah diambil dari facebook Bomba
Terima kasih untuk pihak bomba.. Rasanya dengan Pihak Bomba tak payah Bayar RM1 satu gambar kot.. Ke macmamana? kalau nak jugak boleh la tuntut...
p/s: Jangan Bawak laju laju sangat... kalau laju biarla berhemah k.. hehehe
Update untuk Asap Tersengih
Semalam sempat penulis dan lensa pergi menjenguk Asap yang memang hidup segar bugar di Padang Tembak,Pengkalan Chepa..
Hasilnya
Hasilnya
| Abaikan kualiti gambar.. hehehe |
Labels:
masalah,
pencemaran
Tuesday, January 25, 2011
Orang Kelantan Ramai Lagi Buta Huruf!!! walaupun gi sekolah
Biarla gambar gambar ni jadi bukti apa yang aku katakan...
Dan sebenarnya bukan masalah buta huruf yang utama dalam kes ni.. tapi BUTA HATI,PENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN TAMAK HALOBA!!! tu la ore suruh gi dengar sejid tapi malah nak gi... mai sama sama kita tegur sifat bergini.. kalau kita yang buat... insafilahhh

![]() |
| PENTING DIRI SENDIRI DAN TAMAK HALOBA |
![]() |
| memang HAMLAU |
![]() |
| Ke Beca da Pupus??? |
Labels:
masalah
Kelantan DiPuji SPRM!!!
Tahniahla kerajaan negeri kelantan... tapi SPRM ni boleh percaya ke??? hehehehee....
Malas nak ulas panjang.. tapi kalaula ianya benar dan tulus.. Penulis Bangga!!!
KOTA BHARU, 9 Dis: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui penjawat awam di negeri Kelantan begitu rendah terlibat dengan gejala rasuah jika dibandingkan dengan negeri lain. Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM ( Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar, perangkaan SPRM menunjukkan dalam tahun 2010 bagi tempoh hingga Oktober tahun ini hanyaseramai dua orang sahaja penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan dari pihaknya. "Walaupun angka ini amat kecil jika dibandingkan dengan kakitangan awam kerajaan negeri seramai lebih 7000 orang, namun sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin akan merebak satu hari nanti,”ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri Kelantan hari ini yang dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan Dato' Nassurudin Daud yang mewakili Menteri Besar Kelantan. Zakaria juga berkata pelbagai cabaran yang perlu di atasi oleh setiap individu iaitu rasuah,khianat, birokrasi, mungkir janji, kerja bertangguh, Membuang Masa dan Hasad Dengki bagimenjadikan diri sebagai yang kukuh dengan jatidiri dan penuh intergriti. Beliau juga mengingatkan penjawat awam negeri agar sentiasa mengawal diri terutamanya yangberkaitan dengan urusan rakyat dan hendaklah menjauhkan diri dari mendekati denganunsur-unsur yang boleh membawa kepada tercalarnya integriti diri. “Kalau kita sebagai ketua jabatan, janganlah cuba-cuba dekati orang yang ada kepentingan danseolah-olah mengharapkan balasan dari mereka dalam sesuatu perkara,”kata beliau.
“Ada antara kita yang ada sedikit kuasa cuba memberitahu sesuatu masalah seperti keretarosak kepada orang tertentu dan orang tu pulak akan cuba menyelesaikan masalah beliauterutamanya yang berkaitan dengan kewangan, ini juga adalah ciri-ciri yang membawa kepadaberlakunya rasuah,”ujarnya lagi. Sementara itu Speaker Dun Kelantan Dato' Nassurudin ketika merasmikan majlis tersebutberkata tokoh intergriti terkemuka ialah Rasulullah SAW yang seharusnya dijadikan contoh bagi kehidupan seharian termasuklah penjawat awam. “Kerajaan Kelantan sentiasa menitik berat soal integriti terhadap kakitangan kerajaan danjuga pimpinan negeri, Alhamdulillah melalui tiga teras utama yang dilaksanakan di negeri iniiaitu Ubbudiyyah,Masuliyyah dan Itqan, kakitangan kerajaan dapat membendung diri dariperkara yang buruk,”ujarnya. Dato' Nassruddin juga berharap kempen kesedaran integriti ini diteruskan dari masa ke semasa untukkakitangan kerajaan agar sentiasa dapat dijadikan panduan semasa bekerja.
Labels:
Tahniah
Ada Jugak yang perihatin ttg asap di PC
Sedap duk layan facebook sambil menulis mengenai projek terbaru, terjumpa dengan satu group yang membantah pengeluaran asap di kilang area Pengkalan Chepa.. ada yang perihatin.. tapi bilangan yang join baru 155 orang.group bantahan pengeluaran asap ni tak popular.. walaupun musibah dengan pengeluaran asap ni adalah sangat banyak dan memberi pandangan yang menganggu mata yang melihat.
Hheehehe ada yang perihatin dan ada yang tidak.. so apa lagi.. join group ni untuk menyatakan sedikit dari bantahan anda.. http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=347868916365
Group Fasha Sandha ada dekat 2000 lebih.. tu yang entah ape ape.. http://www.facebook.com/pages/Fasha-Sandha/104089506293737?ref=ts
Mmg tokleh lawan isu asap dengan kengiuran tubuh fasha sandha... kan????

mencegah,
pencemaran
Asap di Pengkalan Chepa, Berkurun tapi takde tindakan!!! Mana pihak Berkuasa
Kalau tanya orang yang berada di Padang tembak Pengkalan Chepa mesti tau hal ni, Asap yang tiap tiap hari berkepul mengindahkan pandangan mata disini. Bak tak de apa apa yang berlaku, asap dari kilang ini tiap masa berkepul dengan tersenyum sengih... macam tak bersalah...
Saya pernah buat aduan dengan Kementerian yang bertanggungjawab, katanya Pihak HQ di putrajaya akan mengambil tindakan.. tapi dekat 2 tahun Putrajaya tak ambil apa apa tindakan dan asap tetap berkepul indah di Padang tembak Pengkalan chepa.
Tapi yang kelakar jugakla.. Asap ini kekadang yang macam selalu menimpa rumah rumah polis yang berada dekat dengan kilang durjana ni. Rumah pegawai jugak jadi mangsa.. tapi...hehehee.. takde apa yang berlaku... asap terus tersenyum...
Pernah seorang kawan siap berpindah dari taman perumahan yang berdekatan kilang tu sebab anaknya disahkan doktor terkena bahan kimia yang dibawa oleh asap itu.. dan percayalah hal ni banyak lagi hal ni yang tak dibongkar.
Pernah juga Penulis adukan hal ni ke facebook Karam Sigh Walia.. tapi mungkin sebab sibuk dan atas hal tertentu dia tak jawab aduan tu dekat 2 tahun jugak.hehehee....
Untuk Bukti anda saksikan sendiri...
kekadang asap ni marak macam rumah terbakar... tak caya.. nanti penulis update nanti k...
Jadi untuk yang membaca.. jangan sduk lorak sangat pasal politik... ni isu Kelantan Lorni... jadi kongsi2kan la k...

bahaya,
pencemaran
Subscribe to:
Comments (Atom)